Hampir kalah?
Putus asa dalam berjuang?
Rasa lelah?
Itulah 'manis'nya.
Siapa yang berkata berjuang itu manis? Manisnya biasanya hanya di penghujung, dan laluan menuju penghujung itu terlalu sukar. Kita perlu kuat, fizikal, mental dan jiwa. Semangat yang tidak boleh mengalah. Bila tewas, bangkitlah semula. Walau tewas berulang kali, tetaplah terus untuk bangkit juga berulangkali. Jangan 'leka' dengan kekalahan, kerana kekalahan itulah yang menjadikan jiwa semakin lemah. Bi;a jiwa sudah semakin lemah, untuk menguatkannya semula bukanlah suatu cara yang mudah.
Jadi, jangan benarkan jiwa kita tewas.
Yakinlah kepada Allah.
InsyaAllah.